Aplikasi Google+ Untuk Windows Phone Seawal Minggu Ini?

Aplikasi Google+ Untuk Windows Phone Seawal Minggu Ini?

Diterbitkan pada July 25, 2011 oleh .

Selepas aplikasi Google+ dilancarkan untuk Android dan baru-baru ini untuk para pengguna iOS, kini ianya kedengaran yang mana aplikasi sosial daripada Google itu turut sama bakal menemui para pengguna Windows Phone, berkemungkinan seawal minggu ini. Namun tarikh pastinya masih tidak diketahui buat masa ini.

Melalui aplikasi mudah-alih Google+, ianya membolehkan para pengguna rangkaian sosial Google itu mengikuti perkembangan dengan mudah, dan pada masa yang sama berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain melalui fungsi Huddle yang didatangkan bersamanya. Berkemungkinan, dalam masa akan datang, lebih banyak fungsi akan diperkenalkan.

Selain daripada itu, rangkaian sosial Google itu masih kekal dalam peringkat beta tertutup buat masa ini, dan diperkatakan akan dilancarkan kepada umum tidak lama lagi. Mungkin juga aplikasi untuk platform lain, seperti Symbian dan BlackBerry turut sama akan diperkenalkan oleh mereka.


TIPS & ULASAN