Mynic Menawarkan Diskaun 50% Untuk Pendaftaran Domain Baru Pada Ogos

Mynic Menawarkan Diskaun 50% Untuk Pendaftaran Domain Baru Pada Ogos

Diterbitkan pada July 25, 2011 oleh .

Seperti tahun-tahun lepas, bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan dan juga bulan ICT yang akan datang pada bulan Ogos ini, pihak DomainRegistry ataupun yang mana lebih dikenali sebagai Mynic bakal mengadakan sebuah promosi khas, dimana para pengguna baru boleh mendaftarkan domain .my baru pada harga diskaun lebih 50%.

Menariknya adalah dimana DomainRegistry turut menawarkan harga diskaun tersebut untuk pembaharuan pendaftaran domain-domain sedia ada. Harga tawaran ini juga diadakan sehingga 31 Oktober 2011 kelak, dan meliputi kesemua domain yang berakhir dengan .my.

Berkemungkinan, beberapa penjual domain tempatan turut akan memperkenalkan tawaran menarik mereka tersendiri, disamping para pengguna turut boleh mendaftarkan terus melalui pihak DomainRegistry.

Info awal : @AffanRuslan


TIPS & ULASAN