Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, Facebook telah memperkatakan tempoh hari yang mana ianya sedang dalam proses membangunkan aplikasi Facebook untuk iPad, dan kini ianya kelihatan yang mana aplikasi tersebut sedang diuji oleh Facebook, dengan menyertakannya pada Facebook untuk iPhone. Namun ianya memerlukan pengguna menggunakan iPad yang di Jailbreak untuk mengaksesnya.

Ianya boleh diperkatakan masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mungkin versi akhirnya sedikit berbeza berbanding apa yang diperlihatkan. Sekiranya anda menggunakan iPad dan telah Jailbreak akannya, maka anda boleh mengubah UIDevice anda kepada 2, dan menikmati aplikasi Facebook padanya, sementara ianya belum dilancarkan secara rasminya.

Gambar oleh MG Sigler dari TechCrunch.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd