Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang teringat berkenaan dengan permainan “tikam” untuk mendapatkan hadiah pada suatu ketika dahulu. Menariknya, kini konsep tersebut dibawakan ke arena web, melalui laman Tickade.com. Bagi yang tidak kenali mereka, sebelum ini, mereka menggunakan nama Tikam.me untuk perkhidmatan mereka yang menarik itu.

Melalui Tickade, ianya membawakan konsep yang mudah, dimana para pengguna hanya perlu memainkan permainan yang disediakan pada laman mereka, dan mereka akan mendapat token setiap kali berjaya dalam sesuatu permainan, dan lebih banyak markah anda kumpulkan, lebih cerah peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin akan menjadi lebih interaktif dan menarik, dengan pelbagai tawaran hadiah dalam masa akan datang. Selain itu, ianya turut dilihat yang mana, buat masa ini, kedua-dua laman, iaitu Tikam.me dan Tickade boleh dilayari, dan masih dalam proses penjenamaan semula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd