Adobe Bakal Menamatkan Adobe AIR Marketplace Pada 31 Ogos

Adobe Bakal Menamatkan Adobe AIR Marketplace Pada 31 Ogos

Diterbitkan pada July 25, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang tidak pernah mengetahui mengenai Adobe AIR Marketplace, yang mana membolehkan para pengguna memuat-turun pelbagai aplikasi AIR dengan mudah. Kini, ianya amat mendukacitakan, memandangkan Adobe telah mengumumkan yang mana mereka bakal menamatkan Adobe AIR Marketplace pada 31 Ogos 2011 kelak.

Adobe AIR Marketplace sebelum ini merupakan salah satu pusat yang mana mengumpulkan pelbagai aplikasi AIR yang dibangunkan, termasuk pelbagai aplikasi popular, termasuk TweetDeck, Meebo dan sebagainya. Ianya membolehkan anda menambah aplikasi berasaskan web kepada desktop dengan mudah, selagi mana anda ada memasang Adobe AIR pada desktop.

Selain daripada penutupan Adobe AIR Marketplace, Adobe turut sama menamatkan Adobe InMarket, dan meminta para pembangun untuk memuat-naik aplikasi mereka pada beberapa kedai aplikasi lain, seperti Intel AppUp, Apple AppStore, Android Market, dan yang lain-lain.


TIPS & ULASAN