Cari @ Amanz

Nampaknya dunia blog bergenre akan IT dan teknologi di Malaysia terus meriah, dengan penyertaan laman blog Beta.my. Ianya dibangunkan oleh saudara Faiz Mohamad Nor, dan buat masa ini, mempunyai seramai dua orang penulis, dan bakal menambah seorang lagi dalam masa terdekat ini.

Menariknya adalah dimana pelancaran mereka pada hari ini, turut sama disokong dan ditaja oleh MyNewsHub dan juga Denaihati, yang mana menawarkan beberapa hadiah menarik kepada para pembaca mereka. Menurut Faiz, melalui Beta.my, mereka ingin membawakan info teknologi secara konsisten dalam bahasa Melayu sepenuhnya, dan memfokuskan berita bacaan majoriti.

Apabila ditanya pandangan mereka berkenaan kewujudan Amanz, Faiz menjawab, mengatakan yang mana mereka menganggap Amanz lebih sebagai rakan media untuk Beta.my, dan bukannya sebagai pesaing. Mereka juga berharap agar dapat bekerjasama bersama Amanz pada masa akan datang, serta menambah yang mana Beta.my hanyalah sebuah blog yang memfokuskan kepada info teknologi semasa.

Kami di Amanz turut sama mengalu-alu akan penyertaan beta dalam menyampaikan berita dunia teknologi kepada semua pembaca tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd