Dengan pelbagai ura-ura berkaitan iPhone 5 kedengaran, kini ianya sekali lagi diperkatakan yang mana iPhone generasi baru itu bakal dilancarkan oleh Apple pada bulan September ini, dan syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat, iaitu AT&T dalam persediaan untuk pelancaran tersebut, mungkin awal atau pertengahan September ini.
Gambar Sekadar Hiasan [via]
Sebelum ini, ianya turut diperkatakan yang mana Apple mungkin akan memperlihatkannya dan melancarkannya pada pertengahan Ogos ini. Namun, ramai pihak mengatakan yang mana, Apple bakal menggunakan acara tahunan untuk pelancaran iPod generasi baru, iaitu sekitar September untuk melancarkan iPhone generasi baru, bersama-sama dengan iOS.
Buat masa ini, ianya masih lagi diperingkat ura-ura, tanpa sebarang pengesahan daripada Apple. Namun, apa yang mungkin kita boleh jangka akan adalah dimana Apple bakal memperkenalkannya antara Ogos hingga Oktober ini. Sama-sama kita nantikannya.