Lebih awal daripada apa yang disasarkan sebelum ini, kini Microsoft telah pun membolehkan para pengguna Xbox Live memuat-turun Avatar Kinect yang dinantikan, sekaligus membolehkan para pengguna berinteraksi bersama rakan-rakan mereka menggunakan sebuah avatar khas dalam bentuk yang menarik sekali.
Avatar tersebut dikawal menggunakan Kinect, dimana melaluinya, ianya membaca ekspresi muka dan pergerakan, sekaligus menjadikan avatar yang muncul itu serupa dengan pengguna tersebut. Menurut Micrsofot, Avatar Kinect ini membawakan pengalaman sosial, yang mana menjadikan avatar yang digunakan selalu oleh kita dulu, kini bernyawa.
Para pengguna yang menggunakan Xbox Live Gold, boleh mula memuat-turun Avatar Kinect ini hari ini, dan mula menggunakannya. Mungkin lebih banyak maklumat akan diperlihatkan pada 28 Julai ini, bersama-sama dengan pengenalan Kinect Sparklers.