Boot To Gecko : Jawapan Mozilla Untuk ChromeOS

Boot To Gecko : Jawapan Mozilla Untuk ChromeOS

Diterbitkan pada July 26, 2011 oleh .

Hari ini, Mozilla turut sama mengumumkan sebuah projek baru mereka, yang mana seumpama seperti ChromeOS, tetapi khas untuk peranti mudah-alih, dikenali sebagai Boot To Gecko. Melaluinya, Mozilla mensasarkan untuk membangunkan sebuah sistem operasi ringkas yang mana menggunakan aplikasi berasaskan HTML5 padanya.

Buat masa ini, Mozilla mensasarkan untuk membangunkan Boot To Gecko ini untuk peranti mudah-alih seperti telefon dan juga tablet. Melaluinya, para pengguna hanya perlu menggunakan sebuah cara khas untuk boot peranti mereka kepada suatu sistem ringkas, yang mana akan terus membawa pengguna ke sebuah platform berasaskan HTML5, dan membawakan sokongan seperti kamera dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ianya semestinya akan mengambil masa pembangunan yang lama, mungkin berbulan, mungkin bertahun sebelum kita dapat melihatnya. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai platform baru daripada Mozilla ini, yang sememangnya popular dengan pelayar web Firefox mereka.


TIPS & ULASAN