Cari @ Amanz

BlackBerry Bold TouchBaru-baru ini, Research In Motion telah pun menghentikan lebih kurang 2,000 orang pekerja mereka. Namun begitu, ianya seperti tidak menganggu sasaran mereka, dimana kini BlackBerry telah mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan BlackBerry OS 7 dan juga peranti baru dalam masa beberapa jam lagi.

Salah satu peranti yang dinantikan adalah termasuk BlackBerry Bold Touch dan juga BlackBerry Torch generasi baru, yang mana akan didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi BlackBerry OS 7 dan juga pelbagai sokongan teknologi baru.

Antara perkara baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengan BlackBerry OS 7 adalah termasuk pelayar web baru, rekabentuk dan antaramuka yang diberikan serba sebanyak nafas baru, sokonga pelbagai teknologi baru seperti NFC, prestasi yang lebih pantas dan sebagainya.

Mungkin kita akan ketahui lebih banyak perkara berkaitan dengannya ketika pelancaran BlackBerry OS 7 kelak. Sama-sama kita nantikannya.

You got it! New #BlackBerry devices are coming w/ our new OS, BlackBerry 7! Check back tmrw 4 deets on #BB7FanNight. ^CHless than a minute ago via CoTweet Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd