Sah : Pelancaran Galaxy Tab Di Malaysia Bulan Hadapan

Sah : Pelancaran Galaxy Tab Di Malaysia Bulan Hadapan

Diterbitkan pada July 26, 2011 oleh .

Selepas pelbagai ura-ura berkaitan tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 kedengaran sebelum ini, ianya kelihatan yang mana Samsung telah menangguhkan pelancaran tablet tersebut di Malaysia, dan kami menerima beberapa pengesahan memperkatakan yang mana tablet tersebut bakal dilancarkan di Malaysia pada bulan hadapan.

Sebelum ini, Samsung telah mensasarkan untuk pelancaran di Malaysia pada Julai, namun mungkin disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya terpaksa ditangguhkan ke bulan Ogos.

Melalui Galaxy Tab 10.1, ianya membawakan sistem operasi Android Honeycomb, skrin sentuh seluas 10.1-inch, dan juga menggunakan cip dwi-teras sepantas 1GHz. Harganya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini, namun kami kedengaran yang mana beberapa kedai disekitar Lembah Klang kini menjualnya pada harga antara RM1800 ke RM1900 untuk model paling asas. Berkemungkinan kita akan dapat melihat harga yang lebih rendah ketika pelancaran rasminya, seperti mana kita dapat lihat ketika Galaxy S2 tempoh hari.


TIPS & ULASAN