Artis-artis tempatan kadang-kala mengubah nama pengguna Twitter mereka bersesuaian dengan beberapa program semasa, seperti Hero Malaya, dan sebagainya. Namun suatu perkara yang mereka lupakan adalah untuk menyimpan nama pengguna asal mereka. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ianya selamat memandangkan dipegang oleh pihak TwitNView.
Buat masa ini, pihak TwitNView memegang nama pengguna asal untuk Aznil Nawawi, Fazley Yaakob, Imran Ajmain, Adi Fasha, Iqram Dinzly dan juga Farish Aziz. Menurut pihak TwitNView lagi, mereka ingin mengembalikannya kembali, dan meminta artis-artis tersenarai itu menghubungi mereka, dan tidak perlu risau akan berkenaan akaun mereka diambil oleh pihak lain.
Mungkin juga perkara ini boleh dijadikan sebagai salah satu iktibar, dalam mengubah nama pengguna mereka pada masa akan datang, dan mungkin juga, berbanding menggunakan nama pengguna baru, pihak mereka boleh menggunakan sebuah hashtag khas yang disertakan pada setiap tweet mereka, untuk mengelakkan akaun mereka jatuh ditangan mereka yang lain.