Setelah menambah WeddingKami dalam senarai penaja untuk AmanzRewards, kini ianya turut disertai oleh Comics Directory, dimana khas untuk pembaca Amanz yang meminati komik-komik dari Jepun, anda boleh menikmati keahlian eksklusif daripada Comics Directory, iaitu salah satu gedung komik atas talian yang pertama di Malaysia, yang menjual komik-komik terkemuka khas untuk pengemar dan peminat tempatan.
Gedung atas talian daripada Comics Directory ini baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini, yang mana selain daripada pelbagai komik dari syarikat Tora Aman dan sebagainya, mereka turut sama membawakan komik dan novel grafik antarabangsa, daripada Marvel Comics, Dark House dan beberapa nama besar lagi. Buat masa ini, mereka mempunyai lebih daripada seratus judul komik untuk dipilih oleh para pengunjung mereka.
Dan, khas untuk AmanzRewards, pihak Comics Directory menawarkan keahlian eksklusif, dimana melaluinya, anda akan mendapat beberapa perkara, termasuk:
- Baucer diskaun sempena harijadi dan perayaan khas.
- Menyertai cabutan bertuah bulanan.
- Kemudahan pra-pesanan untuk komik-komik yang masih belum diterbitkan.
- ..dan pelbagai diskaun menarik.
Bagi yang ingin menebus ganjaran tersebut, boleh klik pada butang Rewards disebelah kiri laman, dan seterusnya memilih Katalog dan menebus ganjaran Keahlian Eksklusif daripada Comics Directory. Anda turut sama boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Comics Directory dengan melawat laman rasmi mereka, atau menyertai halaman Facebook mereka.