Akamai : Purata Kelajuan Internet Malaysia Pada Suku Tahun Pertama Adalah 1.6Mbps

Akamai : Purata Kelajuan Internet Malaysia Pada Suku Tahun Pertama Adalah 1.6Mbps

Diterbitkan pada July 26, 2011 oleh .

Kini, Akamai telah pun mengeluarkan laporan suku tahun pertama 2011 mereka, yang mana memperlihatkan beberapa data berkenaan dengan rangkaian mudah-alih dan internet seluruh dunia, termasuk juga Malaysia. Melaluinya, salah satu data menarik yang dikongsikan adalah berkenaan dengan kelajuan internet purata Malaysia, kini adalah pada kadar 1.6Mbps.

Ianya turut diperlihatkan yang mana di Malaysia, terdapat lebih daripada 2,045,067 alamat IP unik yang melalui Akamai, serta memperlihatkan angka purata kelajuan yang digunakan oleh pengguna tempatan adalah sekitar 1.6Mbps. Akamai turut memperlihatkan yang mana para pengguna juga menikmati kelajuan sehingga 8.9Mbps, dan sebanyak 2.4% pengguna menikmati kelajuan purata melebih 5Mbps pada peranti mereka.

Walaubagaimanapun, mungkin kita akan dapat melihat perubahan besar apabila rangkaian internet tempatan yang kini dipertingkatkan oleh kebanyakkan penyedia, serta liputan kawasan dengan sokongan jalur-lebar berkelajuan tinggi yang semakin meningkat dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN