Cari @ Amanz

Mungkin semua masih lagi ingat dengan 1Malaysia Roundtable yang dilancarkan baru-baru ini. Kini, ianya kelihatan yang mana laman interaktif tersebut membawakan beberapa penambahan dan perubahan, dimana kini ianya turut sama menyokong pendaftaran melalui Facebook Connect dan juga Twitter OAuth.

Dengan penambahan sokongan pendaftaran melalui dua akaun sosial terkemuka ini, ianya sekaligus menjimatkan masa pengguna untuk mendaftar.

Selain daripada itu, secara rambangnya, ianya turut sama kelihatan yang mana laman tersebut telah menambah fungsi Ajax pada undian, menjadikannya lebih mudah dan menarik berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, beberapa perubahan yang kelihatan termasuklah butang Like pada komen tahap pertama, serta sokongan RSS untuk komen.

Bagi yang tidak mengenali laman 1Malaysia Roundtable, ianya merupakan salah satu laman perbincangan, yang mana membincangkan pelbagai isu-isu semasa, dan juga pelbagai perkara lain, dimana setiap laporan melalui perbincangan tersebut dihantar ke Pejabat Perdana Menteri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd