Selain daripada sokongan arahan menggunakan suara, ianya juga kini diperkatakan yang mana iOS 5 turut sama menyertakan sokongan untuk pengecaman wajah dan muka padanya. Ianya diperkatakan, ini mungkin hasil daripada pembelian Polar Rose oleh Apple pada tahun lepas, dan kini diintegrasikan pada iOS 5.
Sebelum ini, beberapa efek baru yang menarik telah pun kelihatan pada aplikasi Photo Booth untuk OS X Lion, dan mungkin Apple akan membawakan sokongan pengecaman wajah mereka itu kepada tahap yang tinggi lagi.
Bertambah menarik lagi adalah kerana Apple turut sama menyertakan beberapa API untuk sokongan pengecaman wajah mereka itu pada iOS 5, yang mana akan membolehkan para pembangun, membangunkan pelbagai aplikasi untuknya, dan membawanya kepada tahap yang tinggi lagi.
Walaubagaimanapun, memandangkan Apple tidak mengumumkannya ketika pengumuman iOS 5 tempoh hari, ianya tidak begitu pasti samada ianya akan disertakan pada iOS 5 dengan kejutan daripada Apple, ataupun hanya sekadar ujian sahaja buat masa ini.