Carian
Apple Mendapatkan Paten Papan Kekunci Maya Untuk Desktop Dan Peranti Lain
July 27, 2011 Aman

Ianya kini kelihatan yang mana Apple telah pun memohon sebuah paten hak cipta baru, yang mana membawakan papan kekunci dalam bentuk maya, ataupun lebih tepat lagi dalam bentuk skrin sentuh. Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui buat masa ini, samada ianya akan diimplementasikan ataupun tidak.

Sekiranya ianya diimplementasikan, berkemungkinan kita akan dapat melihat sebuah fenomena baru dalam dunia papan kekunci, yang mana menggunakan skrin sentuh untuk menggunakannya. Pada awal tahun ini, Acer telah memperlihatkan konsep yang serupa, dan telah pun melancarkan produk mereka itu, dikenali sebagai Acer Iconia 6120.

Melaluinya, Acer membawakan papan kekunci dalam bentuk skrin sepenuhnya, serta sokongan touchpad dan lain-lain, sepenuhnya menggunakan skrin sentuh dan membawakan fungsi serupa seperti papan kekunci biasa.

Namun tidak diketahui samada adakah Apple bercadang untuk membuat sesuatu dalam bentuk itu, ataupun sebaliknya. Sekiranya ya, mungkin kita akan dapat melihatnya untuk iMac dan pelbagai peranti lain daripada Apple turut menggunakan papan kekunci maya ini.

Komen