Seperti mana yang kami laporkan semalam, kini pihak Microsoft telah pun mengesahkan yang mana Windows Phone telah mencapai fasa RTM (Release-To-Manufacturing), dimana mereka telah pun selesai membangunkan versi Mango mereka, dan telah menghantarnya kepada rakan-rakan pembangun peranti mereka untuk disertakan dan ditetapkan mengikut spesifikasi telefon pintar tersebut kelak.
Beberapa perkara menarik yang didatangkan bersama-sama Mango adalah termasuk cara baru memperlihatkan emel dalam bentuk Conversation View, fungsi Threads yang memperlihatkan teks dari IM dan Facebook dalam satu bentuk yang serupa, sokongan multi-tasking yang ditambah-baik, pelayar web Internet Explorer 9 dan banyak lagi.
Ianya turut diperkatakan yang mana kemaskini Mango untuk Windows Phone sedia ada akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.