Laman 1Malaysia Milik Najib Razak Turut Digodam GaySec

Laman 1Malaysia Milik Najib Razak Turut Digodam GaySec

Diterbitkan pada July 27, 2011 oleh .

Setelah laman-laman terkemuka seperti Nuffnang, Advertlets, Oh! Artis dan beberapa lagi digodam oleh pihak GaySec, kini laman rasmi Perdana Menteri turut sama digodam dan diuji oleh mereka, sekaligus memperlihatkan kelemahan sekuriti laman tersebut kepada semua. Namun begitu, tiada sebarang data dikeluarkan oleh mereka buat masa ini.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh GaySec melalui laman mereka:

assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terima kasih kerana melawat laman sesawang gaysec.net kami yang tidak seberapa ini. Setelah beberapa hari menyepi kerana terlalu sibuk melakukan perkara yang jauh lebih penting untuk kami lakukan, hari ini dan sekarang, kami kembali lagi untuk
memberikan anda maklumat dan informasi tentang ujian tahap keselamatan sesuatu laman sesawang itu yang telah kami lakukan.

Sebentar tadi, kami mempunyai masa lapang untuk melakukan beberapa ujian tahap keselamatan di atas laman sesawang perdana menteri malaysia kita, iaitu yang berhormat `Dato’s Sri Mohd Najib bin Abdul Razak`. Laman sesawang beliau adalah 1malaysia.com.my.

Mungkin ramai di antara kita tahu tentang laman sesawang ini kan? laman sesawang 1malaysia.com.my adalah laman sesawang yang rasmi bagi perkataan “1Malaysia” di dalam malaysia ini.
Tiada apa yang kami boleh terangkan disini, cuma kami agak kecewa dengan tahap keselamatan di laman sesawang 1Malaysia perdana menteri kita, tidak sampai 1 jam kami lakukan ujian keselamatan, kami telah banyak menjumpai kelemahah ke atas laman sesawang tersebut.

Jika setakat laman sesawang seperti ini pun kami berjaya melakukan ujian tahap keselamatan, bagaimana pula dengan laman sesawang di malaysia ini yang lain?

Sedarkah anda? bahawa tahap keselamatan laman sesawang di malaysia ini adalah tersangat-sangat rendah, kami agak kecewa dengan kecuaian dan ketidak pentingan terhadap keselamatan sesuatu laman sesawang di malaysia ini.

Tidakkah anda risau? Jika suatu hari nanti, terdapat pengodam daripada negara jiran dan luar daripada negara kita menceroboh laman sesawang yang jauh lebih penting dan sulit daripada laman sesawang ini? tidakkah anda takut? jika suatu hari nanti ada sesuatu pihak akan melakukannya untuk mendapatkan rahsia kerajaan di malaysia ini? Allhualam, tiada siapa yang mengetahuinya, kerana itulah kami mula risau dengan tahap keselamatan laman sesawang atau sistem itu di malaysia ini.

Dan, berita ini adalah kiriman terakhir kami sebelum bulan Ramadhan nanti, pada bulan ramadhan nanti kami akan berhenti sementara daripada melakukan sebarang ujian tahap keselamatan di sesuatu laman sesawang atau sistem itu sehinggalah setelah hari raya aidilfitri tamat.

Mengenai berita ini, kami tidak akan melepaskan sebarang pangkalan data bagi laman sesawang 1malaysia.com.my, kerana kami risau jika seseorang menggunakannya untuk melakukan sesuatu yang tidak betul yang dapat dielakkan.

Contoh data yang telah kami dapat:

Username: 1madmin
Password:$P$BrBwSQvU8dobCxd90pQ5plSts***** (* = disembunyikan)
Name: Najib Razak
Email: [email protected]


TIPS & ULASAN