Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah dinantikan lama, kini Facebook Untuk BlackBerry 2.0 telah pun diperkenalkan, dan sedia untuk dimuat-turun melalui BlackBerry AppWorld oleh para pengguna BlackBerry yang menggunakan BlackBerry OS 5.0 dan terkini. Melaluinya, ianya membawakan beberapa perkara baru, termasuk antaramuka yang diberikan nafas baru.

Melalui Facebook untuk BlackBerry 2.0 yang baru dilepaskan itu, ianya membawakan antaramuka baru yang lebih menarik berbanding sebelumnya, yang mana turut menyertakan baru notifikasi yang menarik seperti. Aplikasi tersebut, kini turut membawakan sokongan Facebook Chat, membolehkan para pengguna bersembang dengan rakan-rakan mereka terus melalui peranti BlackBerry dengan mudah.

Selain daripada itu, ianya juga dilihat yang mana Facebook untuk BlackBerry 2.0 ini membawakan beberapa perubahan dan penambahan pada halaman profail padanya. Dan bertambah menariknya lagi adalah dimana ianya kini turut diintegrasikan bersama-sama fungsi BlackBerry yang lain, termasuk integrasi bersama BBM, BlackBerry Calendar dan beberapa perkara lagi, membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara daripada Facebook terus kepada rakan-rakan BBM anda, dan begitu juga sebaliknya.

Facebook untuk BlackBerry 2.0 sedia dimuat-turun melalui BlackBerry App World bermula hari ini, dimana ianya turut diperkatakan beberapa pengguna mungkin perlu menunggu sehingga 24 jam sebelum dapat menggunakannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd