Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan Twitter Translator yang diperkenalkan oleh Twitter tidak lama sebelum ini? Kini, ianya kelihatan yang mana perkhidmatan popular tersebut sudah pun mula menerima sukarelawan penterjemaahan untuk bahasa Malaysia dan Filipina untuk perkhidmatan tersebut, dan boleh disertai dan menyumbang kepadanya bermula sekarang.

Ianya berfungsi lebih kurang serupa dengan pada perkhidmatan penterjemaahan pada WordPress, dimana anda hanya perlu log masuk menggunakan akaun Twitter, dan akan diperlihatkan dengan satu perkataan setiap masa, dan anda hanya perlu memasukkan terjemaahan untuknya sahaja.

Para pengguna yang berminat, boleh menyertainya, selain pada masa yang sama mengikuti perbincangan melalui Google Groups untuk maklumat lanjut berkaitan dengannya. Ini juga pada masa yang sama, berkemungkinan kita akan dapat melihat perkhidmatan Twitter dalam bahasa Melayu tidak lama lagi.

Mabuhay! Mengalu-alukan! We are happy to announce that Twitter Translation Center is now available for Filipino and Malay!less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd