Aplikasi TableFour.Us Untuk Pengguna iPhone Dilancarkan

Aplikasi TableFour.Us Untuk Pengguna iPhone Dilancarkan

Diterbitkan pada July 27, 2011 oleh .

Setelah memperlihatkan antaramuka aplikasi TableFour.us sebelum ini, kini ianya kelihatan yang mana aplikasi TableFour.us untuk para pengguna iPhone sudah pun sedia dimuat-turun secara percuma melalui Apple AppStore.

Melalui aplikasi TableFour.us, ianya membolehkan para pengguna untuk menempah meja pada restoran kegemaran mereka dengan mudah, selain pada masa yang sama mengetahui dan mengenali restoran-restoran berdekatan dan membuat tempahan makan padanya dengan pantas melalui aplikasi tersebut. Ianya turut membawakan integrasi laman Facebook, membolehkan anda berkongsi dengan rakan-rakan lain dengan pantas.

Ianya diperkatakan yang mana buat masa ini sebanyak 4 restoran telah menyertai TableFour.us, dan lebih banyak lagi dijangka turut serta tidak lama lagi. Pada masa yang sama, mereka turut menawarkan penyertaan percuma buat sementara waktu ini, dan hanya akan memperkenalkan model bayaran untuk restoran tidak lama lagi.

Para pengguna iPhone yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini terus daripada Apple AppStore, dan memberikan maklumbalas berkaitan dengannya hari ini.


TIPS & ULASAN