MosFront Bakal Membawakan Diskaun Untuk Dekorasi Dalaman

MosFront Bakal Membawakan Diskaun Untuk Dekorasi Dalaman

Diterbitkan pada July 27, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang mengenali @MohdIsmail, yang mana merupakan pembangun asal laman OhBulan, dan juga RotiKaya, serta pernah tersenarai dalam 6 finalis untuk Fave Tech Head sebelum ini. Kini, ianya kelihatan beliau sedang dalam proses membangunkan projek baru beliau yang dikenali MosFront.

Buat masa ini, maklumat berkaitan dengan MosFront ini masih lagi samar-samar. Namun begitu, melalui halaman utama laman tersebut, ianya memperlihatkan yang mana MosFront bakal menawarkan pelbagai diskaun untuk barangan dekorasi perumahan. Ianya tidak diketahui samada ianya akan membawakan konsep serupa seperti Groupon ataupun, memperkenalkan sesuatu yang baru.

Kami akan cuba mendapatkan lebih maklumat berkaitan perkara ini dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN