Cari @ Amanz

Setelah WeddingKami dan juga ComicsDirectory, kini AmanzRewards terus dimeriahkan dengan penyertaan penaja baru, DenaiHati.com yang mana melalui AmanzRewards, DenaiHati akan menawarkan baucer makanan RM5 di McDonalds dengan hanya sebanyak 3000 mata ganjaran AmanzRewards. Kami juga akan menambah beberapa lagi hadiah dan ganjaran dari pihak lain dalam masa terdekat ini.

Bagi yang tidak kenali DenaiHati, ianya merupakan salah satu blog terkemuka di Malaysia, yang mana menjalankan pelbagai usaha untuk mendidik dan menyatukan komuniti blog di Malaysia, terutamanya memfokuskan kepada blog-blog yang ditulis dalam bahasa Malaysia.

Para pembaca boleh mengikuti Denaihati lebih lanjut melalui laman blog mereka, ataupun turut melalui halaman Twitter ataupun Facebook mereka. Katalog untuk AmanzRewards bakal dikemaskini dalam sedikit masa lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd