Pelayar Web Dolphin Untuk Android Pad Diperkenalkan

Pelayar Web Dolphin Untuk Android Pad Diperkenalkan

Diterbitkan pada July 27, 2011 oleh .

Mungkin ramai pengguna Android sudah pun ketahui akan kewujudan aplikasi pelayar web, Dolphin Browser. Menariknya, kini pembangun Dolphin Browser HD itu memperkenalkan pelayar web mereka khas untuk para pengguna tablet Android, yang mana dikenali sebagai Dolphin untuk Android Pad, dan masih lagi dalam peringkat beta buat masa ini.

Melalui Dolphin untuk Android Pad, ianya dioptimasikan untuk para pengguna skrin besar, dengan rekabentuk khas, serta menyokong pelayaran dengan tab, serta pelbagai perkara lain, termasuk sokongan zoom multi-touch.

Sekiranya anda mempunyai tablet Android, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma terus daripada Android Market, dan menggunakan pelbagai perkara menarik yang dibawakan oleh Dolphin khas untuk pengguna tablet dan peranti Android berskrin besar.


TIPS & ULASAN