Cari @ Amanz

Nokia kini telah pun mengeluarkan pengumuman rasmi mereka, mengatakan yang mana kini angka muat-turun daripada Ovi Store setiap hari telah melangkaui angka 7 juta, sekaligus menjadikannya sebagai rekod baru untuk mereka, yang mana sebelum ini adalah sekitar 6.5 juta.

Menurut pihak Nokia, peningkatan ini adalah berkemungkinan hasil daripada pembuangan keperluan untuk mendaftar dan log masuk untuk memuat-turun kandungan percuma daripada saluran mereka. Ianya memperlihatkan peningkatan lebih 840,000 muat-turun sehari berbanding sebelumnya, sekaligus menjadikan mereka melangkaui angka rekod 7 juta sehari.

Menurut Nokia juga, para pengguna dari India memperlihatkan angka muat-turun yang paling banyak buat masa ini melalui saluran web mudah-alih. Walaubagaimanapun, angka ini masih lagi rendah berbanding pesaing seperti Android dan Apple, namun menariknya adalah angka ini meningkat dari hari ke hari, dan tidak membuatkan Nokia ketinggalan jauh berbanding mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd