Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, trend persaingan membuatkan jenama sedia ada tidak mempromosikan pesaing mereka, mungkin pada masa hadapan ianya berubah, dimana kini ianya kelihatan yang mana P1 4G turut sama mempromosikan sebuah pertandingan ringkas yang dijalankan oleh pesaing terdekatnya Yes4G melalui halaman Facebook mereka.

Menurut pihak P1, logik pemasaran disitu adalah memandangkan Yes4G sedang menjalankan pertandingan untuk pemberian tiket wayang percuma, dan sudah tentu ramai yang ingin mendapatkannya, memandangkan ramai yang mengemarkan tiket wayang percuma.

Mungkin tidak lama lagi, kita akan turut sama melihat pemasaran yang lebih menarik daripada syarikat-syarikat tempatan, menjadikan dunia pemasaran melalui rangkaian sosial lebih menarik berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd