Mungkin semua yang mengikuti perkembangan laman sosial MySpace ketahui yang mana ianya kini telah diambil-alih oleh Specific Media pada harga lebih kurang $35 juta. Kini, melalui sebuah temubual khas, Specific Media mengatakan yang mana mereka bakal menjadikan MySpace menarik kembali, dan membawakan pelbagai perubahan padanya.
MySpace Kini Milik Specific Media [via]
Kini, Specific Media merancang untuk menjadikan MySpace salah satu tempat dan platform untuk berinteraksi bersama-sama dengan artis dan juga selebriti, serta pada masa yang sama melihat pelbagai kandungan khas yang dibangunkan untuk MySpace.
Pada masa ini, walaupun MySpace kurang dilawati dan mendapat perhatian berbanding pesaingnya – Facebook, masih terdapat jutaan pengunjung yang mengunjungi laman sosial tersebut. Berkemungkinan, sekiranya pemilik baru MySpace dapat mengubahnya menjadi sesuatu yang menarik dengan pantas, mungkin mereka akan dapat menarik kembali pengguna mereka, walaupun ramai yang kini mengatakan yang mana MySpace telah mati.
Sama-sama kita nantikan perubahan yang bakal dibawakan oleh MySpace.