Apple Ingin Mengintegrasikan Panel Solar Pada Peranti Mereka?

Apple Ingin Mengintegrasikan Panel Solar Pada Peranti Mereka?

Diterbitkan pada July 28, 2011 oleh .

Kini DigiTimes melaporkan yang mana Apple turut sama seperti beberapa syarikat lain, sedang berkira-kira untuk menggunakan dan mengintegrasikan panel solar pada produk akan datang mereka. Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui bilakah yang Apple akan mula menggunakannya.

Sebelum ini, ianya pernah dilaporkan yang mana Apple bakal memperkenalkan cara untuk mengecas peranti yang serba baru melalui iPhone 6 kelak. Namun ianya tidak diketahui bagaimana, dan mungkinkah pengecasan melalui solar merupakan salah satu caranya?

Selain Apple, beberapa pembangun lain turut sama menguji perkara sama, selain Samsung yang telah pun bersedia dengan netbook berasaskan solar mereka yang bakal dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos kelak.

Samsung Solar Netbook


TIPS & ULASAN