Nuffnang Mempunyai Lebih 260,000 Blog Berdaftar Bersama Mereka

Nuffnang Mempunyai Lebih 260,000 Blog Berdaftar Bersama Mereka

Diterbitkan pada July 28, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang tidak perasan, dimana hari ini, Nuffnang telah melakukan salah satu kemaskini kecil pada halaman web mereka, mengemaskini statistik semasa oleh mereka. Statistik yang sebelum ini hanya memperlihatkan angka pengguna berdaftar dengan Nuffnang, kini telah diubah dengan angka blog berdaftar dengan mereka, yang mana melangkaui 260,000 buah blog.

Melalui kemaskini yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana Nuffnang mempunyai lebih daripada 260,000 buah blog yang didaftarkan bersama mereka, dengan lebih 180,000 akaun pengguna bersama mereka. Ianya turut memperlihatkan yang mana angka blog di Malaysia meningkat naik dari hari ke hari.

Sebelum ini, ketika Anugerah Internet DiGi WWWOW tempoh hari, pihak DiGi telah mengumumkan yang mana di Malaysia sahaja, terdapat lebih daripada 250,000 orang penulis blog, dan semestinya seperti semua sedia maklum, sebahagian daripada mereka mempunyai lebih daripada satu blog.


TIPS & ULASAN