Pendapat : FourSquare Perlu Beli TableFour.us Sekarang

Pendapat : FourSquare Perlu Beli TableFour.us Sekarang

Diterbitkan pada July 28, 2011 oleh .

Ini adalah artikel dari penulis jemputan, Mohd Ismail, CEO untuk Mosfront.com.

Sebelum apa-apa, aku ingin ucapkan tahniah kepada Azizi Khalid & pasukan’nya yang berjaya membawa aplikasi TableFour.us ke platform iOS. Bukan perkara senang.

Aku terus muat turun aplikasi mereka ke iPhone pagi tadi dan sebagai seorang imagineer, bertalu idea yang muncul untuk aku cadangkan kepada mereka.

TableFourUs

Antaranya, mereka boleh gunakan API Foursquare untuk menarik data lawatan restoran seluruh Kuala Lumpur (atau Malaysia) dan senaraikan dalam TableFour.us.

Tanpa atau dengan kebolehan untuk menempah tempat duduk, TableFour.us sudah sedia memberikan khidmat cadangan lokasi makan malam terbaik untuk pengguna mereka.

Oleh kerana aku suka melihat sesuatu dari dua arah, kenapa tidak idea ini menuju ke arah yang lebih besar? Foursquare membeli keseluruhan teknologi & IP di’sebalik TableFour.us.

Sekitar Mac 2011 lalu, untuk versi terkini aplikasi Foursquare (3.0), Dennis Crowley dan pasukan’nya menampilkan fungsi baru — Explore.

Apa yang Explore lakukan adalah memberi cadangan kepada pengguna jika mereka mencari tempat untuk makan, berhibur, membeli belah atau sekadar mencari secawan kopi untuk minuman pagi.

Algoritma di sebalik Explore begitu kompleks kerana mereka perlu mengumpulkan data dari ribuan check-in dan memeta lokasi yang paling kerap di’kunjungi rakan rakan anda sebelum menjadi tempat cadangan terbaik.

Jika Foursquare berjaya membawa idea & teknologi TableFour.us ke dalam fungsi, bukan sahaja membawa aliran tunai kepada Foursquare, malah membawa kembali pengguna yang bosan seperti aku kembali ke Foursquare.

Aku kini jarang gunakan FourSquare kerana tidak nampak kelebihan selain mengumpul mata dan menendang teman serumah dari tampuk Mayorship.

Deals in Foursquare is pretty much dead.

Pemilik restoran akan terdedah kepada pengkalan pengguna yang lebih besar dan mereka tidak akan segan silu untuk membayar untuk membolehkan pengguna menempah tempat duduk di restoran mereka.

Aku juga fikir TableFour.us boleh pergi jauh dengan sendiri. Tetapi, itu untuk artikel yang lain insyaAllah. Foursquare, your goldmine is here. Come & get it.

Artikel ini telah ditulis oleh Mohd Ismail, yang mana sebelum ini pernah menjual salah satu laman blog tempatan, selain mana kini dalam proses membangunkan dan bakal memperkenalkan projek terbaru beliau, MosFront.com. Anda boleh menghubungi beliau secara terus melalui Twitter di @mohdismail.


TIPS & ULASAN