Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia mengenali akan perkhidmatan Churp Churp. Kini, pada hari ini, genap dua tahun Churp Churp dilancarkan, dan perkhidmatan yang dulunya hanya diperkenalkan di Malaysia, kini meliputi sebanyak tiga negara, iaitu termasuk Singapura dan juga Filipina.

Laman ChurpChurp Pada Pelancaran Dahulu
Laman ChurpChurp Pada Pelancaran Dahulu

Seperti semua sedia maklum, Churp Churp merupakan sebahagian daripada Nom Nom Media, iaitu syarikat disebalik Nuffnang. Baru-baru ini, mereka turut sama telah memperkenalkan kebolehan untuk mengintegrasikan akaun bersama-sama akaun Nuffnang untuk memudahkan pengurusan akaun para pengguna.

Bagi yang tidak kenali akan ChurpChurp, ianya secara ringkasnya merupakan salah satu perkhidmatan pengiklanan daripada pembangun Nuffnang, yang mana menggunakan media sosial seperti Twitter, Facebook, blog dan lain-lain dalam menyampaikan iklan tersebut. Apatah lagi, kini dengan penggunaan rangkaian sosial secara meluas, perkhidmatan Churp Churp adalah salah satu perkhidmatan yang popular dikalangan pengguna Malaysia.

Buat masa ini, pihak Churp Churp masih belum mengeluarkan sebarang statistik semasa berkaitan bilangan pengguna di Malaysia dan sebagainya. Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, kita akan terus dapat melihat Churp Churp diperluaskan perkhidmatan ke beberapa negara lain, sama seperti Nuffnang sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd