Cari @ Amanz

Perodua Tweckbot – Khidmat Pemeriksaan Kenderaan Berasaskan Twitter

Oleh Aman

Link Copied!

Twitter semestinya telah membawakan pelbagai perubahan dalam penggunaan harian. Selain anda boleh mengikuti pelbagai perkembangan berita melaluinya, dan mendapatkan khidmat pelanggan daripada beberapa jenama terkemuka, kini Perodua merevolusikan penggunaannya dengan membolehkan pelanggan mereka menikmati pemeriksaan kereta berasaskan Twitter.

Perkhidmatan mereka itu dinamakan sebagai Perodua Tweckbot, membolehkan anda hanya menghantar hanya sebuah Tweet, dan mereka akan ke lokasi anda untuk membantu anda memeriksa kenderaan dan membuat apa yang patut.

Namun buat masa ini, anda perlu mengikuti akaun Twitter @MyPerodua untuk mengetahui lokasi mereka sebelum meminta mereka hadir ke lokasi anda yang berdekatan dengan Tweckbot.


Komen ()