Nampaknya, seperti mana yang dijanjikan, MyEmail kini sudah siap untuk dilancarkan, dan bersempena dengan musim bola sepak akhir-akhir ini, pihak MyEmail bakal memulakan pra-pendaftaran akaun MyEmail bermula hari Jumaat hingga Ahad ini di Pikom Digital Lifestyle Expo yang diadakan di KLCC pada 29 hingga 31 Julai ini.
Sebelum ini, projek ini menjadi tanda tanya, dengan tiada sebarang kemaskini daripada pihak pembangun buat suatu masa yang lama. Namun begitu, seperti mana yang dijanjikan oleh mereka, kini mereka bakal membuka pra-pendaftaran esok. Untuk pra-pendaftaran, para pengguna hanya perlu ke kaunter mereka di KLCC sempena tiga hari ini, dan seterusnya memilih nama pengguna dan mendaftar melalui penggunaan biometrik.
Buat masa ini, maklumat lanjut berkaitan dengannya masih tidak diketahui sepenuhnya. Kami akan membawakan pelbagai kemaskini sebaik sahaja memperolehinya.
Tips awal : Rusdy Ahmad