Hari ini, Research In Motion, secara rasminya telah pun mengumumkan pelancaran BlackBerry Messenger 6 (BBM6) yang mana membawakan salah satu pengalaman sosial yang baru, membolehkan para pengguna berinteraksi dengan mudah melalui aplikasi yang disambungkan menggunakan BBM.
Aplikasi yang mengintegrasikan BBM padanya dijangka akan meningkat tidak lama lagi, membolehkan para pengguna sesuatu aplikasi berinteraksi dan berkongsi perkara dengan rakan BBM mereka dengan mudah. Semalam, aplikasi Facebook untuk BlackBerry menjadi antara yang terawal mengintegrasikan fungsi sedemikian.
Pada masa yang sama, RIM turut sama mengumumkan yang mana kini pengguna BlackBerry Messenger diseluruh dunia melangkaui angka 45 juta orang, dengan hampir 2 juta pengguna baru ditambah setiap bulan.
Para pengguna BlackBerry, boleh mengemaskini BlackBerry Messenger mereka, dan menggunakan pelbagai integrasi aplikasi dan sokongan sosial baru yang didatangkan melaluinya.