Peningkatan penembusan internet dan jalur-lebar di Malaysia, penggunaan web dan pelbagai perkhidmatan berasaskan semakin meningkat dari hari ke hari, dan melalui laporan yang dikeluarkan oleh Yahoo! dan Synovate, ianya memperlihatkan kegiatan yang paling digemari oleh para pengguna Malaysia adalah mengakses laman sosial.
Ianya turut meletakkan Malaysia ditangga teratas di rantau Asia Tenggara, dimana memperlihatkan hampir sebanyak 90% penggunaan laman sosial, peningkatakn sebanyak 29% sejak daripada tahun 2010.
Selain daripada rangkaian sosial, para pengguna tempatan turut sama gemar mengakses emel (87%) dan juga menggunakan perkhidmatan permesejan segera sebanyak 58%. Menurut Yahoo!, kesemua aktiviti ini turut meningkat dari hari ke hari, dengan bertambahnya pengguna internet tempatan setiap hari.
Pada masa yang sama, Yahoo! turut memperkatakan yang mana penggunaan laman tawaran harian seperti Groupon, MyDeal dan sebagainya juga memperlihatkan potensi perkembangan yang baik.