Cari @ Amanz

Sehingga kini, Facebook telah membolehkan para pengguna untuk menambah pelbagai jenis hubungan, daripada ibubapa, kepada kekasih, dan sebagainya. Namun menariknya, kini anda turut sama boleh menambah ahli keluarga baru yang masih belum lahir pada profail Facebook anda.

Walaupun ianya mungkin digunakan sebagai bahan gurauan oleh para pengguna Facebook, pada masa yang sama, ianya memperlihatkan yang mana Facebook kini digunakan secara meluas. Namun, ianya tidak begitu pasti bagaimanakah ianya akan berfungsi dengan tetapan had umur untuk menyertai laman sosial tersebut.

Awal hari ini, Yahoo! turut mengumumkan yang mana para pengguna di Malaysia turut sama merupakan pengguna rangkaian sosial paling aktif dan luas di rantau Asia Tenggara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd