Carian
AmanzRewards : Terima Kasih BlackBerry Malaysia
July 28, 2011 Aman

Kini, ganjaran yang ditawarkan melalui #AmanzRewards terus bertambah, dimana BlackBerry Malaysia turut sama menawarkan beberapa hadiah dan barangan BlackBerry terhad kepada para pembaca Amanz, untuk ditukarkan dengan mata ganjaran yang dikumpulkan melalui #AmanzRewards.

Melalui #AmanzRewards, BlackBerry Malaysia menawarkan beberapa perkara, termasuk storan USB thumbdrive versi terhad, hab USB BlackBerry edisi terhad, botol air aluminium BlackBerry versi terhad, lampu suluh BlackBerry edisi terhad, dan banyak lagi.

Kami pada masa yang sama telah mengemaskini katalog #AmanzRewards, dan para pengguna boleh menukarkannya dengan hadiah sebaik sahaja ianya mencapai angka yang diperlukan. Namun begitu, hendaklah diambil perhatian, yang mana kuantiti yang ditawarkan adalah terhad, dan anda perlu bergerak pantas.

Komen