Cari @ Amanz

Mungkin buat masa ini, sistem operasi mudah-alih seperti Android dan iOS popular, namun ianya mungkin akan menerima saingan hebat daripada sistem operasi untuk telefon pintar yang dibangunkan oleh Alibaba, yang mana dikenali sebagai Aliyun. Melaluinya, ianya lebih memfokuskan aplikasi web, dan berasaskan perkomputeran awan.

Aliyun ini kelak akan turut sama menyokong sepenuhnya aplikasi Google Android, sekaligus tidak membawakan sebarang masalah berkaitan aplikasi untuknya. Menariknya lagi, setiap peranti yang menggunakan Aliyun akan didatangkan dengan ruangan storan sebanyak 100GB menggunakan perkhidmatan awan Alibaba tersendiri dipanggil sebagai AliCloud.

Telefon pintar menggunakan sistem operasi ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung bulan ini, selain mana tablet juga dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Walaupun ianya mungkin tidak menerima permintaan dan pengguna yang ramai di Malaysia atau negara lain, menariknya adalah ianya berkemungkinan besar menerima permintaan meluas di China, yang mana kini merupakan antara negara dengan pengguna terbesar didunia.

Ianya masih lagi tidak diketahui samada sistem operasi ini ditawarkan secara percuma untuk pengeluar telefon pintar, ataupun sebaliknya. Sebelum ini, pihak Mozilla turut sama mengumumkan ingin membangunkan platform mudah-alih mereka tersendiri, menggunakan HTML5, dipanggil Back-To-Gecko.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd