Cari @ Amanz

Setelah iklan Mac vs PC, dan seterusnya cubaan untuk menarik para pengguna emel Yahoo! sebelum ini, kini Microsoft terus cuba untuk menarik para pengguna untuk menggunakan perkhidmatan emel mereka untuk perniagaan, dengan membuat sebuah iklan khas berbentuk parodi kepada emel popular, GMail.

Seperti sedia maklum, walaupun Hotmail mempunyai angka pengguna yang lebih besar berbanding GMail, namun apabila dilihat dari segi sektor perniagaan, lebih ramai menggunakan Google Apps berbanding Office 365. Melalui iklan parodi yang dikenali sebagai GMail-Man, ianya memperlihatkan dan membuat parodi mengenai iklan yang diperlihatkan oleh Google pada GMail mereka, selain turut menyentuh mengenai privasi.

Jadi, apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd