Carian
Halaman Khas Untuk Fungsi Baru Di Google+ Dilancarkan
July 29, 2011 Aman

Google hari ini melancarkan satu halaman baru untuk projek Google+ mereka, dimana melaluinya, memperlihatkan pelbagai kemaskini dan fungsi baru yang diperkenalkan untuk laman sosial yang semakin meningkat naik popularitinya itu. Kemaskini yang diperlihatkan adalah ringkas dan padat berbanding artikel biasa pada Google.

Selain daripada itu, hampir setiap artikel disertakan bersama-sama dengan sebuah video khas, membolehkan para pengguna memahaminya dengan lebih mudah, dan mengetahui fungsi baru yang diperkenalkan dengan lebih mendalam, dan cara yang interaktif.

Dengan adanya halaman ini juga, ianya menjadikan para pengguna Google+ turut sama mudah mengikuti pelbagai perkara baru pada rangkaian sosial Google itu.

Pada masa yang sama, mungkinkah konsep baru ini akan diperkenalkan untuk produk-produk baru Google, mengantikan konsep blog yang digunakan oleh mereka sebelum ini?

Komen