Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, hari ini pra-pendaftaran untuk akaun baru MyEmail bakal dijalankan, dan para masa yang sama pihak MyEmail telah mengemaskini dengan menyediakan dan memaparkan pelbagai fungsi baru yang dibawakan oleh MyEmail, dan salah satunya adalah Marketplace.

Menurut MyEmail, melalui Marketplace, ianya akan membolehkan para pengguna untuk mengikuti dan mendapatkan pelbagai tawaran promosi dan juga diskaun di Malaysia. Antara promosi yang bakal ditawarkan adalah termasuk daripada tawaran diskaun untuk percutian, telefon bimbit, pendidikan, internet jalur-lebar dan pelbagai perkara lagi.

Selain daripada itu, ianya turut memperlihatkan yang mana MyEmail turut akan membawakan sebuah dashboard khas yang mengintegrasikan pelbagai aktiviti rangkaian sosial, memudahkan para pengguna membacanya dan membalasnya terus melalui MyEmail.my.

Memandangkan MyEmail.my menggunakan perkhidmatan Windows Live, ianya turut membawakan pelbagai nilai dan ciri serupa seperti Hotmail, termasuk sokongan Skydrive dan juga Office Web Apps.

Jadi, dengan semua ini, apakah pendapat anda mengenai MyEmail.my?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd