Mango Membawakan Sokongan Memainkan Muzik Terus Dari SkyDrive

Mango Membawakan Sokongan Memainkan Muzik Terus Dari SkyDrive

Diterbitkan pada July 29, 2011 oleh .

Dengan Google dan Apple memperkenalkan sokongan untuk memainkan lagu terus dari awan, Microsoft melalui Windows Phone turut tidak ketinggalan, dimana melalui Windows Phone Mango, ianya diperlihatkan yang mana sokongan untuk memainkan fail MP3 terus dari SkyDrive turut diperkenalkan.

Melalui fungsi tersebut, ianya akan membolehkan para pengguna untuk menyimpan fail muzik mereka di SkyDrive, seterusnya memainkan muzik terus melalui pelayar web Internet Explorer 9 pada Mango dengan mudah. Mungkin juga kita akan dapat melihat para pembangun membangunkan aplikasi untuknya tidak lama lagi.

Mango dijangka bakal dilancarkan sekitar bulan September kelak, dengan beberapa peranti baru Mango telah pun mula diperkenalkan. Apple turut sama dijangka akan memperkenalkan iOS 5 dalam tempoh yang lebih kurang serupa.


TIPS & ULASAN