Carian
Sokongan Pengesahan Dwi-Faktor Google Kini Menyokong Malaysia
July 29, 2011 Aman

Setelah memperkenalkan fungsi pengesahan dwi-faktor untuk menjadikan akaun para pengguna Google lebih selamat, kini Google memperluaskan penggunaannya ke seluruh dunia, dimana kini ianya menyokong lebih 150 buah negara dalam 40 bahasa, termasuk di Malaysia.

Kini, para pengguna boleh menjadikan akaun Google mereka lebih selamat, dengan mengaktifkan fungsi pengesahan dwi-faktor, yang mana secara tidak langsung melindungi akaun Google anda daripada dicuri dan menjadi mangsa sekuriti.

Sebaik sahaja anda mengaktifkannya, anda perlu melalui pengesahan dwi-faktor, dimana anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan akaun anda, dan seterusnya memasukkan sebuah kod khas yang hanya dihantar ke telefon anda. Anda juga boleh menetapkan untuk menerima kod tersebut melalui SMS ataupun menggunakan aplikasi khas ntuk Android, iPhone dan BlackBerry.

Para pengguna yang berminat, boleh mengaktifkan fungsi ini, dan menjadikan akaun Google anda lebih selamat berbanding sebelumnya.

Komen