Cari @ Amanz

Salah satu enjin carian yang paling digunakan secara meluas oleh para pengguna Malaysia adalah Google. Dan dengan itu, bermula daripada minggu ini, kami akan membawakan 10 carian terhangat yang dilakukan melalui Google Malaysia setiap minggu.

Berikut merupakan 10 carian terhangat yang dilakukan oleh para pengguna tempatan melalui Google Malaysia sepanjang daripada 22 Julai sehingga 28 Julai, iaitu sehingga semalam:

Dr Lo Lo

Pada 17 Julai yang lepas, ahli Parlimen bahagian Titiwangsa telah pun meninggal dunia disebabkan oleh kanser. Selain pada Google, ianya juga turut sama telah mendapat liputan luas di Twitter dan beberapa laman sosial yang lain.

Gregor Mendel

Mungkin carian ini dilakukan secara tidak langsung oleh para pengguna Google Malaysia, dimana sebelum ini, Google telah mengantikan doodle pada halaman utama Google Malaysia, bersempena dengan menyambut ulang-tahun ke-189 kepada “Bapa Genetik” itu.

Amy Winehouse

Artis muda yang ditemui mati di dalam apartment di London pada 24 Julai lepas sememangnya telah menjadi antara perbualan hangat, selain ramai yang turut sama melakukan carian untuk mengenali siapakah itu Amy Winehouse.

Singapore vs Malaysia

Selain daripada sokongan di stadium dan ketika permainan berlaku, penyokong tempatan juga turut sama menyokong Harimau Malaya melalui atas talian, di Google, Twitter dan sebagainya, bersempena dengan pusingan kelayakkan ke Piala Dunia FIFA 2014. Malaysia tewas dengan agregat 6-4.

Malaysia vs Chelsea

Selain daripada perlawanan kelayakkan ke Piala Dunia, Malaysia juga telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama-sama dengan Chelsea pada 21 Julai yang lepas. Permainan itu ditamatkan dengan gol kontroversi 1-0, dengan kemenangan di pihak Chelsea.

Norway

Google juga turut sama digunakan oleh para pengguna tempatan dalam mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian yang dilakukan di Norway, dimana dua serangan telah berlaku, mengakibatkan lebih 90 nyawa diragut.

Juvana Episod Akhir


Juvana, iaitu salah satu drama popular telah pun berakhir pada 18 Julai yang lepas, dan bagi yang tidak ingin terlepas, menggunakan Google sepenuhnya dalam mencari episod terakhir itu secara atas talian.

Hanna

Salah satu filem menarik, yang mana mengisahkan mengenai seorang gadis berumur 16 tahun yang dididik oleh ayah beliau untuk menjadi salah seorang pembunuh. Ianya mula dimainkan di panggung seluruh dunia bermula 21 Julai.

Rebecca Black

Setelah popular dengan video lagu Friday sebelum ini yang menerima lebih daripada 160 juta tontonan secara atas talian, kini penyanyi tersebut turut mengeluarkan lagu baru yang bertajuk “My Moment”.

Captain America


Salah satu filem yang dinantikan oleh para peminat Marvel dan cerita bergenre akan super-hero. Captain America memulakan tayangan di Malaysia bermula daripada 28 Julai, iaitu semalam.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd