Cari @ Amanz

Bagi para peminat Galaxy Tab 10.1 yang menantikan pelancarannya, kini ianya disahkan yang mana Celcom bakal ditawarkan bersama pakej untuk versi 3G 16GB. Namun begitu, harga pelancarannya masih tidak diketahui, tetapi pihak Samsung mengatakan yang ianya akan kompetitif berbanding tablet lain di pasaran.

Seperti sedia maklum, Galaxy Tab 10.1 akan menggunakan cip pemprosesan 1GHz dwi-teras, dan menggunakan platform Android 3.1. Selain daripada itu, ianya turut membawakan kamera belakang 3-megapixel serta kamera hadapan 2-megapixel. Bersama-sama pelancarannya kelak, ianya turut sama akan membawakan beberapa aksesori tambahan untuknya.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui, tetapi disahkan akan dilancarkan pada bulan Ogos ini. Selain bersama Celcom, ianya juga turut sama bakal dijual secara berasingan bersama pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd