Unifi Mencapai Lebih 120,000 Pengguna – Dilancarkan Di Melaka

Unifi Mencapai Lebih 120,000 Pengguna – Dilancarkan Di Melaka

Diterbitkan pada July 29, 2011 oleh .

Perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi semestinya antara perkhidmatan jalur-lebar yang berkembang dengan pantas di dunia. Kini ianya dilaporkan yang mana pengguna UniFi telah melangkaui angka 120,000, dan mereka terus memperluaskan perkhidmatan mereka ke pelbagai lokasi di Malaysia.

Kini, perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi daripada Telekom Malaysia itu telah meliputi lebih daripada 900,000 premis, dan baru-baru ini, mereka turut sama telah melancarkan perkhidmatan mereka di Melaka.

UniFi telah dilancarkan pada bulan Mac 2010, dan sejak daripada itu ianya memperlihatkan peningkatan pengguna yang drastik, dan mungkin menjelang penghujung tahun ini, ianya bakal melangkaui angka 150,000 yang disasarkan oleh para pengkaji.


TIPS & ULASAN