Setelah memperkenalkan integrasi tawaran harian pada aplikasi FourSquare sebelum ini sebelum ini, kini FourSquare dan Groupon, seperti dinantikan telah pun bekerjasama. Namun begitu, untuk permulaan ini, ianya hanya akan diperkenalkan di negara Amerika Syarikat dan juga Kanada sahaja, dan mungkin negara lain tidak lama lagi.
Groupon Mula Diintegrasikan Pada FourSquare [via]
Dengan kerjasama ini, ianya menguntungkan kedua-dua pihak, dimana para pengguna FourSquare boleh menikmati pelbagai tawaran menarik sambil menggunakan aplikasi tersebut, selain mana Groupon juga turut sama untung dengan meningkatkan jualan mereka.
Ianya masih lagi tidak diketahui buat masa ini, bilakah ianya akan menyokong Groupon Malaysia melalui aplikasi FourSquare. Namun mungkin ianya akan diperkenalkan secara berperingkat ke semua negara tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.