Samsung Galaxy Tab 10.1 3G Bakal Berharga RM1899?

Samsung Galaxy Tab 10.1 3G Bakal Berharga RM1899?

Diterbitkan pada July 29, 2011 oleh .

Dengan pelancaran Galaxy Tab 10.1 yang kini disasarkan pada bulan Ogos, sedikit demi sedikit info berkaitan dengannya mula kedengaran. Seperti sedia maklum, ianya akan dilancarkan terlebih dahulu bersama Celcom, yang mana akan membawakan model 16GB 3G, dan diperkatakan akan berharga RM1899. Namun pakej bersama Celcom masih tidak diketahui.

Samsung Galaxy Tab 10.1

Selain daripada bersama Celcom, ianya turut sama akan ditawarkan di pengedar rasmi Samsung yang lain, serta mungkin ditawarkan oleh Maxis setelah tempoh eksklusif pendek bersama Celcom tamat.

Buat masa ini, harga tawaran dan pakej yang bakal ditawarkan oleh Celcom masih tidak diketahui lagi. Namun, ianya disasarkan dengan pakej Celcom, ianya mungkin akan berharga lebih kurang antara RM1200 ke RM1400. Walaubagaimanapun, harga akhirnya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN