Seperti yang kami perkatakan semalam, hari ini, pihak pembangun perkhidmatan emel 1Malaysia, iaitu Tricubes telah pun mulakan pra-daftar untuk MyEmail.my, di sebuah booth khas pada pameran Digital Lifestyle di KLCC. Daripada apa yang dilihat, kaunter mereka turut menerima kunjungan ramai pengguna, disamping ramai juga turut pra-daftar akan akaun mereka disana.
Walaubagaimanapun, daripada apa yang diperkatakan oleh pihak Tricubes, ianya masih lagi belum boleh digunakan oleh pengguna buat masa ini, dan pra-daftar ini sekadar sebagai permulaan sahaja. Mereka turut mensasarkan seramai 20,000 orang pengguna mendaftarkan akaun dalam fasa pertama pelancaran mereka.
Pada masa yang sama, menurut mereka, perkhidmatan MyEmail.my akan dibuka kepada semua menjelang bulan September ini, dimana para pengguna boleh mula menggunakannya, dan menikmati pelbagai perkara yang dibawakan selain emel, seperti integrasi fungsi sosial, dan juga perkhidmatan tawaran harian umpama Groupon.
Walaubagaimanapun, ianya diperkatakan yang mana pihak mereka masih belum memikirkan bagaimana akan membolehkan para pengguna mendaftarkan akaun mereka, disebabkan memerlukan beberapa data, termasuk penggunaan biometrik untuknya.